Pages

Wednesday, October 20, 2010

20. 10. 2010

Peristiwa di sebalik  20. 10. 2010 ~~~macam-macam..

Kisah 1;

Anak saudara puteri yang sedang menunggu kelahiran bayi kedua telah memilih tarikh bersalin hari ini di Pusrawi, Kuala Lumpur.
Untuk merealisasikan impian itu ..sekarang ini  beliau telah berada di hospital dan telah disuntik secara epidural ...la  ni menunggu detik dan ketikanya sahaja...
Seisi keluarga turut cemas menanti kehadiran "orang baru" dalam keluarga mereka..
Puteri turut sama mendoakan kesehatan dan keselamatan ibu dan anaknya...maka, tak berapa jam lagi akan bertambahlah ahli keluarga puteri....AlhamduliLlah..
-----> anak saudara puteri telah selamat melahirkan bayi  perempuan pada jam 6.30 petang tadi....

Kisah 2 :

Sewaktu puteri sedang menikmati makan tengahari tadi, datang seorang pelajar (ex student 2008/2009) ~ Thanaletchumy namanya bersama 2 orang teman  yang kebetulan baru sahaja selesai makan tengahari di situ...beliau menghampiri puteri sambil tersenyum-senyum.Thana berkata " Cikgu..cikgu tahu tak hari ini hari apa?".
Puteri terdiam..dalam hati terfikir..hari apa hari ini? Rabu? berjerebu?. " Kenapa?" puteri bertanya. "Cuba cikgu teka", kata Thana lagi penuh perasaan bila melihat  puteri senyum tanpa sepatah kata. Tanpa menanti jawapan dari puteri, Thana yang bukan main cantik `dressing`nya hari ini berkata, " hari ini hari jadi sayalah cikgu....cikgu tak ingat lagi ya "  sambil tersenyum simpul dan malu-malu." Oh..patutlah Thana cantik hari ini'..sambil mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Sekarang ini baru puteri teringat..semasa beliau di tingkatan 4 dan 5, puterilah  antara guru yang sempat memberikan ucapan pada hari lahirnya..semasa kami sama-sama berada di makmal.
Sebelum beliau beredar, puteri sempat meminta beliau berposing sempena hari lahirnya..20.10.2010..satu tarikh yang amat cantik.
Thanaletchumy sempat berposing sempena hari lahirnya hari ini ~ 20.10.2010

Kisah 3 :

Pagi tadi, hajah noraini (gpk1 kami) telah mengajak puteri, nor hanizah, huda beserta 3 orang lagi staf untuk bersama " jalan-jalan, makan-makan" di piza hut. Rancangan ini telah hampir 2 kali tertangguh disebabkan ada saja diantara kami yang tidak dapat bersama. Maka untuk memastikan kesemua dapat turut serta, hajah telah memilih petang ini jam 4.00 memandangkan  tiada lagi hari yang sesuai sehingga hujung minggu ini untuk kami bersama. Namun begitu, huda tidak dapat hadir sama disebabkan beliau mempunyai hal, maka rancangan ini telah tertangguh buat kali ke 3..
Sekiranya program ini dapat dilaksanakan pasti tarikh hari ini, 20.10.2010 akan kami ingati sampai bila-bila.dan menjadi kenangan....namun apakan daya..
------> InsyaALlah, yang penting semua dapat berkumpul bersama...Terima kasih Hajah, atas keperihatinan yang diberi...

Kisah 4 :

Hari ini puteri sempat mengucapkan " Selamat Hari Jadi" kepada kawan lama puteri yang telah hampir 19 tahun tidak berjumpa. Beliau merupakan "classmate" puteri sewaktu di tingkatan 4 dan 5. Setelah mendapat kejayaan cemerlang dalam SPM beliau telah  menyambung pelajaran ke luar negara sehingga tahun 1989 dan sejak tahun 1991 puteri telah terputus hubungan dengannya. AlhamduliLlah, kini beliau telah berkeluarga dan berjaya dalam kerjayanya..
-----> Selamat Hari Lahir, sahabat...semoga berbahagia, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

No comments:

Post a Comment