Pages

Saturday, October 30, 2010

KELANTAN ~ JUARA PIALA MALAYSIA 2010

" Red Warriors" ~ Kelantan telah memenangi Final Piala Malaysia 2010 setelah menanti selama 40 tahun untuk merebut piala ini. Tahniah Kelantan....
Apa yang menarik " Lautan Merah" telah menguasai gelanggang dengan mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan yang paling cantik ditunjukkan oleh kedua2 pasukan.
Antara  kain rentang dan sepanduk yang  dibawa penyokong Kelantan;
"Gomo Kelate Gomo",
" Dari Johor Mari Sini, Kije Main Denge Brani, Kelate Mene Kali Ini, Rusa Nangih Tahun Ni " ,
" 2009 Eden Punyo, 2010 Hok Ambo Punyo"

Atas kemenangan ini Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Niz Aziz Nik Mat telah mengumummkan CUTI buat Kelantan...
Tahnih dari Puteri buat Kelantan kerana selama ini Puteri memang peminat setia Kelate....
Adioz..

Tugasan di akhir tahun....

Peperiksaan Akhir Tahun sedang berlangsung sehingga minggu depan. Puteri dan teman2 guru yang lain agak sibuk diakhir persekolahan ini. Kertas jawapan pelajar  wajib ditanda dan perlu dimasukkan markahnya
( sebelum 12 hb. November ) serta tugas2 rutin yang perlu segera diselesaikan sebelum bercuti.

Dalam masa 3 minggu ini jugak,ulangkaji, latih tubi, gerak-gempur dan perbincangan dilaksanakan terus menerus bagi anak-anak pelajar tingkatan 5. Debaran semakin menghantui puteri dan teman2 bila mengingatkan tarikh SPM yang kian hari kian hampir. Adakah anak2 pelajar ku sudah bersedia......???

Thursday, October 21, 2010

Pak Ajis - Tukang kasut

Semalam - 20 hb. Oktober dalam perjalanan mengambil anak puteri di SK SAB 2, puteri sempat singgah di kedai pak ajis untuk membaiki tapak kasut puteri yang tertanggal di kedua-dua belah. Pak Ajis bersama temannya mengambil masa tak sampai 10 minit untuk menampal tapak baru dengan bayaran RM 4.00.
Sebelum puteri beredar,  pak ajis sempat mengingatkan puteri agar tidak ke kedainya hari jumaat kerana ia merupakan hari cuti pak ajis, sehari dalam seminggu. Seingat puteri pak ajis telah lama berkedai di situ lebih dari 20 tahun dan pak ajislah yang selalu puteri cari jika kami bermasalah dengan kasut....rasanya belum tergamak lagi puteri mencari tukang kasut baru selain pak ajis....sebabnya puteri rasa puas hati dengan hasil kerja pak ajis. Pak ajis tidak pernah menghampakan puteri hingga ke saat ini.
pak ajis sedang tekun bekerja

pak ajis dan temannya sewaktu mambaikpulih kasut

senyum pak ajis
Sebelum puteri beredar meninggalkan pak ajis dan temannya, puteri sempat mengambil gambar pak ajis untuk kenang-kenangan. Tersenyum simpul pak ajis bila gambarnya diambil dan mengucapkan terima kasih berulang-ulang kali sambil melambaikan tangannya tanda terima kasih....

Wednesday, October 20, 2010

Kalimah Syahadah Pada Buah Tembikai

Seorang penjual buah-buahan, Suprijadi menunjukkan buah tembikai yang tertera tulisan arab dengan jelas kalimah 'Lailahaillallah'  di Gentengkali Surabaya' Indonesiabaru-baru ini. SubhanaAllah!

SEKOLAH CUTI AKIBAT JEREBU

Timbalan Perdana Menteri mengumumkan sekolah-sekolah daerah Muar/Ledang dicutikan sementara sehingga keadaan jerebu kembali pulih sewaktu Persidangan UMNO di PWTC malam tadi. 
Pagi tadi, bangun sahaja dari tidur anak puteri menangis-nangis hendak ke sekolah juga walaupun telah diberitahu bahawa hari ini adalah hari cuti. Beliau tetap mahu memakai pakaian seragam sekolah dan meminta puteri menghantar beliau ke sekolah seperti biasa. Sesampai disekolahnya,  barulah beliau percaya dan berpuas hati apabila berjumpa dengan beberapa orang guru serta pengawal keselamatan sekolah yang menyatakan sekolah ditutup hari ini. Apa yang beliau sedihkan ialah beliau telah bersedia berlatih untuk majlis pakaian beragam mewakili kelasnya sempena Hari Kanan-Kanak Sedunia.......

20. 10. 2010

Peristiwa di sebalik  20. 10. 2010 ~~~macam-macam..

Kisah 1;

Anak saudara puteri yang sedang menunggu kelahiran bayi kedua telah memilih tarikh bersalin hari ini di Pusrawi, Kuala Lumpur.
Untuk merealisasikan impian itu ..sekarang ini  beliau telah berada di hospital dan telah disuntik secara epidural ...la  ni menunggu detik dan ketikanya sahaja...
Seisi keluarga turut cemas menanti kehadiran "orang baru" dalam keluarga mereka..
Puteri turut sama mendoakan kesehatan dan keselamatan ibu dan anaknya...maka, tak berapa jam lagi akan bertambahlah ahli keluarga puteri....AlhamduliLlah..
-----> anak saudara puteri telah selamat melahirkan bayi  perempuan pada jam 6.30 petang tadi....

Kisah 2 :

Sewaktu puteri sedang menikmati makan tengahari tadi, datang seorang pelajar (ex student 2008/2009) ~ Thanaletchumy namanya bersama 2 orang teman  yang kebetulan baru sahaja selesai makan tengahari di situ...beliau menghampiri puteri sambil tersenyum-senyum.Thana berkata " Cikgu..cikgu tahu tak hari ini hari apa?".
Puteri terdiam..dalam hati terfikir..hari apa hari ini? Rabu? berjerebu?. " Kenapa?" puteri bertanya. "Cuba cikgu teka", kata Thana lagi penuh perasaan bila melihat  puteri senyum tanpa sepatah kata. Tanpa menanti jawapan dari puteri, Thana yang bukan main cantik `dressing`nya hari ini berkata, " hari ini hari jadi sayalah cikgu....cikgu tak ingat lagi ya "  sambil tersenyum simpul dan malu-malu." Oh..patutlah Thana cantik hari ini'..sambil mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Sekarang ini baru puteri teringat..semasa beliau di tingkatan 4 dan 5, puterilah  antara guru yang sempat memberikan ucapan pada hari lahirnya..semasa kami sama-sama berada di makmal.
Sebelum beliau beredar, puteri sempat meminta beliau berposing sempena hari lahirnya..20.10.2010..satu tarikh yang amat cantik.
Thanaletchumy sempat berposing sempena hari lahirnya hari ini ~ 20.10.2010

Kisah 3 :

Pagi tadi, hajah noraini (gpk1 kami) telah mengajak puteri, nor hanizah, huda beserta 3 orang lagi staf untuk bersama " jalan-jalan, makan-makan" di piza hut. Rancangan ini telah hampir 2 kali tertangguh disebabkan ada saja diantara kami yang tidak dapat bersama. Maka untuk memastikan kesemua dapat turut serta, hajah telah memilih petang ini jam 4.00 memandangkan  tiada lagi hari yang sesuai sehingga hujung minggu ini untuk kami bersama. Namun begitu, huda tidak dapat hadir sama disebabkan beliau mempunyai hal, maka rancangan ini telah tertangguh buat kali ke 3..
Sekiranya program ini dapat dilaksanakan pasti tarikh hari ini, 20.10.2010 akan kami ingati sampai bila-bila.dan menjadi kenangan....namun apakan daya..
------> InsyaALlah, yang penting semua dapat berkumpul bersama...Terima kasih Hajah, atas keperihatinan yang diberi...

Kisah 4 :

Hari ini puteri sempat mengucapkan " Selamat Hari Jadi" kepada kawan lama puteri yang telah hampir 19 tahun tidak berjumpa. Beliau merupakan "classmate" puteri sewaktu di tingkatan 4 dan 5. Setelah mendapat kejayaan cemerlang dalam SPM beliau telah  menyambung pelajaran ke luar negara sehingga tahun 1989 dan sejak tahun 1991 puteri telah terputus hubungan dengannya. AlhamduliLlah, kini beliau telah berkeluarga dan berjaya dalam kerjayanya..
-----> Selamat Hari Lahir, sahabat...semoga berbahagia, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

JEREBU DI MUAR

Keadaan yang berjerebu sejak 3 hari yang lepas benar-benar membimbangkan semua pihak...Dari pagi sehingga petang semalam ( isnin 19 okt 2010 ) keadaan semakin buruk dengan indeks pencemaran udara telah mencapai 106 ~ dimana indeks yang melebihi 100 ini menandakan persekitan yang tidak sehat...

Alhamdulillah..hari ini jerebu telah semakin berkurang....

Saturday, October 16, 2010

Sebatang Pensel Hasilkan 56 Kilometer Garisan

SEJAK di bangku sekolah, pelajar telah menggunakan pensel sebagai medium untuk menulis dan merekodkan apa yang dipelajari. Alat tulis tersebut sebenarnya diperbuat daripada sebatang pigmen yang terdiri daripada bahan grafit berwarna ayau arang. Pigmen itu diletakkan di dalam sebatang kayu keras atau plastik sebagai material luar yang menyokong dan membentuk pensel. Secara puratanya, sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 kilometer atau menulis sebanyak 50,000 patah perkataan. Di Amerika Syarikat, sebanyak dua bilion batang pensel telah dihasilkan setahun dan jika semuanya digunakan untuk membuat garisan, ia boleh menghasilkan garisan mengelilingi bumi sebanyak sembilan kali. Berbeza dengan pen yang menggunakan cecair, tanda yang dibentuk menggunakan pensel boleh dihilangkan menggunakan getah pemadam. Memberi revolusi kepada alat tulis berkenaan, ia kini telah dicipta dalam bentuk mekanikal untuk penggunaan yang lebih mudah dan selesa. [sumber:cyberita.asia1.com.sg]

Mengapa Harus Bersedih?

Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang
segala.Allah benar janji-Nya.
Allah telah menentukan sesuatu.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita.

Firman Allah:

"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - (Ibrahim 14:34)

Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?  Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.

Firman Allah:
"Jangan takut, jangan berdukacita." - (Al-Ankabut 29:33)

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidal layak untuk hidup di dunia ini.
Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan. Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya. Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?! Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.
Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

Rahsia Diet Menguruskan Berat Badan Mengikut Jenis Darah




Lumrah bagi seorang manusia, golongan wanita khususnya membimbangi setiap peralihan jarum penimbang berat badan. Ditambahkan pula jika jarum penimbang berbeza dua atau tiga garis ke kanan, pasti hati tidak keruan dengan niat dipasang untuk berdiet.
Pelbagai ubat-ubatan menguruskan badan bagi mengembalikan bentuk badan ideal berlambakan di pasaran. Rakan-rakan pula bertindak sebagai penasihat pemakanan persis pakar pemakanan dengan mengesyorkan jenama-jenama tertentu yang dikatakan dapat memberikan kesan yang diingini. Tidak kurang juga pengalaman-pengalaman mereka yang berjaya mengurangkan berat badan melalui pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Segala nasihat diikuti, tetapi malangnya jarum penimbang tidak juga beralih ke kiri. Anda mula mempersoalkan keberkesanan dan kebenaran nasihat rakan-rakan anda. Mengapa Si A berjaya mengurangkan berat badannya tetapi tidak anda walhal segala peraturan dan ketetapannya dipatuhi?
Mungkin apa yang kurang adalah anda tidak mengetahui makanan apakah yang bersesuaian dengan jenis darah anda.
Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan.
Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu. Dalam bukunya, "Eat Right For Your Type" yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.
Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit.
Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh. Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH 'A'
Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH 'B'
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH 'AB'
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk. Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH 'O'
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.