Pages

Sunday, October 10, 2010

10. 10.10

Hari ini saya menghadiri majlis perkahwinan salah seorang jiran di  sebelah rumah.
Tarikh yang cantik ini pastinya ingin diabadikan sebagai tarikh bersejarah bagi mereka yang ingin berumah tangga...
Tarikh hari ini juga tarikh pernikahan angkasawan negara Dr. Sheikh Muzaffar dan Dr Harlina..SELAMAT PENGANTIN BARU..buat mereka yang mendirikan masjid pada tarikh dan hari ini.

Saturday, October 9, 2010

Kami datang kepada MU 2

Sabtu.. jam 2.00 petang, saya sampai di rumah Cikgu Nurul Iza Wahida yang akan berangkat ke tanah suci pada hari Selasa ini bersama suaminya. Turut hadir tidak lama selepas itu ialah en puniran dan isteri, puan fauziah silan, cik maslindayanti, tuan haji nordin, cik asma dan cik anis, ustazah hajah nor yazidah dan ustazah atikah..
Selamat Berangkat Kak Nurul Iza.. Muga selamat sampai di sana dan mendapat haji yang mabrur...















Thursday, October 7, 2010

Syaza oh Syaza...


Hari Khamis jam 9.30 pagi, pelajar PMR sedang berehat sementara menunggu peperiksaan selepas itu..
Syaza yang secara kebetulan berada di tepi kantin, menyapa saya dan berkata.. ' Cikgu, doakan saya ya..petang ini saya ada paper sejarah".. Terpaku saya seketika lantas memberikan respon ' insyaALlah cikgu doakan ..sambil tangan saya angkat, terus memohon doa dan diaminkan oleh beliau dan temannya.aliah..
Beginilah realiti debaran anak2 pelajar menghadapi PMR..akhirnya saya mohon izin beliau mengambil gambarnya....GOOD LUCK Syaza dan teman-teman, anak2 PMR 2010...

Sunday, October 3, 2010

Kami datang kepada MU....

 4.45ptg  - kami sampai di tanjung agas..tersesat se'round'..alhamdulillah sampai juga akhirnya ke tempat yang  dituju...acara belum lagi bermula..ada beberapa orang wanita jiran yati yang sedang duduk berbual.
5.00 ptg - bacaan yassin dimulakan dengan diakhiri doa selamat oleh hajah nor yazidah...sebelum tetamu  dijemput makan, sedikit ucapan dari puan norhayati hamzah yang tidak dapat membendung lelehan air mata menyebabkan hati menjadi sayu dan hiba, namun ku tahankan jua.....
5.30 ptg - makin ramai teman yang turut hadir bersama ..puan hajah zalila, hajah redziah & en.darwis bersama  keluarga masing-masing,,        
Selamat berangkat sahabatku ..muga mendapat haji yang mabrur..
(buat yati & suami serta kakak iparnya berempat..)
bacaan yaasin diketuai oleh puan hajah nor yazidah..

Rumah terbuka "our big boss"

8.30 pagi - hari ini selepas sarapan, saya explore blog ni untuk trial n error.. thanks so much <3 to my gpk's, hajah noraini yang sempat memberi tunjuk ajar membina blog ini...rewind semula segala katanya dan cuba.... thanks so much hajah..jasamu ku kenang, budimu ku sanjung...hee..jangan serik ajar saya..nanti saya belanja..
10.30 pagi - line bermasalah.. tapi saya sempat memasukkan dedaun sebagai background....teringat filem hindustan "mohabbatein"..antara filem kegemaran saya...
3.30 ptg - saya, hajah zalila dan linda berjanji untuk bertemu di econsave sebelum bertolak ke rumah big boss..inilah gambar2 yang sempat saya rakamkan ketika itu...

pertemuan tidak dirancang..hjh redziah sekeluarga..

Saturday, October 2, 2010

Jalan-jalan beraya

Hari ini selepas tamat waktu persekolahan, kami telah berkesempatan pergi beraya ke rumah En. Ahmad Tumami ~ ex caunselor sekolah kami. Kunjungan ini adalah kunjungan ziarah teman seperjuangan yang telah bergelar YB "yang bersara". Sesampai di sana kami  telah di jamu dengan kuih muih, pelbagai buah-buahan dan makan tengahari ~  ayam goreng, ayam masak lemak cili padi dan sambal goreng...Pengalaman beraya bersama yang amat menyeronokan bersama puan Norhayati Hamzah dan Puan Fatimah Mustaffa... Thanks to madam yang memandu & membawa kami bersama...Thanks to En Mat and family yang sudi menerima kunjungan kami...InsyaALlah, dipanjangkan umur tahun depan kami akan datang lagi...

wajah ceria en mat ...

Wednesday, September 29, 2010

hari pertama saya

hari hujan tapi saya belajar buat blog dengan hajah...jangan jealous..