Hayati Othman ~ teman lama sewaktu belajar dolu-dolu.....hampir 11 tahun tak bersua muka...aarghhh.....sesekali teringat dan rindu pada kenangan lama..........
Saturday, March 19, 2011
Saturday, October 30, 2010
KELANTAN ~ JUARA PIALA MALAYSIA 2010
" Red Warriors" ~ Kelantan telah memenangi Final Piala Malaysia 2010 setelah menanti selama 40 tahun untuk merebut piala ini. Tahniah Kelantan....
Apa yang menarik " Lautan Merah" telah menguasai gelanggang dengan mengalahkan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan yang paling cantik ditunjukkan oleh kedua2 pasukan.
Antara kain rentang dan sepanduk yang dibawa penyokong Kelantan;
"Gomo Kelate Gomo",
" Dari Johor Mari Sini, Kije Main Denge Brani, Kelate Mene Kali Ini, Rusa Nangih Tahun Ni " ,
" 2009 Eden Punyo, 2010 Hok Ambo Punyo"
Atas kemenangan ini Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Niz Aziz Nik Mat telah mengumummkan CUTI buat Kelantan...
Tahnih dari Puteri buat Kelantan kerana selama ini Puteri memang peminat setia Kelate....
Adioz..

Tugasan di akhir tahun....
Peperiksaan Akhir Tahun sedang berlangsung sehingga minggu depan. Puteri dan teman2 guru yang lain agak sibuk diakhir persekolahan ini. Kertas jawapan pelajar wajib ditanda dan perlu dimasukkan markahnya
( sebelum 12 hb. November ) serta tugas2 rutin yang perlu segera diselesaikan sebelum bercuti.
Dalam masa 3 minggu ini jugak,ulangkaji, latih tubi, gerak-gempur dan perbincangan dilaksanakan terus menerus bagi anak-anak pelajar tingkatan 5. Debaran semakin menghantui puteri dan teman2 bila mengingatkan tarikh SPM yang kian hari kian hampir. Adakah anak2 pelajar ku sudah bersedia......???

Thursday, October 21, 2010
Pak Ajis - Tukang kasut
Semalam - 20 hb. Oktober dalam perjalanan mengambil anak puteri di SK SAB 2, puteri sempat singgah di kedai pak ajis untuk membaiki tapak kasut puteri yang tertanggal di kedua-dua belah. Pak Ajis bersama temannya mengambil masa tak sampai 10 minit untuk menampal tapak baru dengan bayaran RM 4.00.
Sebelum puteri beredar, pak ajis sempat mengingatkan puteri agar tidak ke kedainya hari jumaat kerana ia merupakan hari cuti pak ajis, sehari dalam seminggu. Seingat puteri pak ajis telah lama berkedai di situ lebih dari 20 tahun dan pak ajislah yang selalu puteri cari jika kami bermasalah dengan kasut....rasanya belum tergamak lagi puteri mencari tukang kasut baru selain pak ajis....sebabnya puteri rasa puas hati dengan hasil kerja pak ajis. Pak ajis tidak pernah menghampakan puteri hingga ke saat ini.
Sebelum puteri beredar meninggalkan pak ajis dan temannya, puteri sempat mengambil gambar pak ajis untuk kenang-kenangan. Tersenyum simpul pak ajis bila gambarnya diambil dan mengucapkan terima kasih berulang-ulang kali sambil melambaikan tangannya tanda terima kasih....
Sebelum puteri beredar, pak ajis sempat mengingatkan puteri agar tidak ke kedainya hari jumaat kerana ia merupakan hari cuti pak ajis, sehari dalam seminggu. Seingat puteri pak ajis telah lama berkedai di situ lebih dari 20 tahun dan pak ajislah yang selalu puteri cari jika kami bermasalah dengan kasut....rasanya belum tergamak lagi puteri mencari tukang kasut baru selain pak ajis....sebabnya puteri rasa puas hati dengan hasil kerja pak ajis. Pak ajis tidak pernah menghampakan puteri hingga ke saat ini.
![]() |
| pak ajis sedang tekun bekerja |
![]() |
| pak ajis dan temannya sewaktu mambaikpulih kasut |
![]() |
| senyum pak ajis |
Wednesday, October 20, 2010
SEKOLAH CUTI AKIBAT JEREBU
Timbalan Perdana Menteri mengumumkan sekolah-sekolah daerah Muar/Ledang dicutikan sementara sehingga keadaan jerebu kembali pulih sewaktu Persidangan UMNO di PWTC malam tadi.
Pagi tadi, bangun sahaja dari tidur anak puteri menangis-nangis hendak ke sekolah juga walaupun telah diberitahu bahawa hari ini adalah hari cuti. Beliau tetap mahu memakai pakaian seragam sekolah dan meminta puteri menghantar beliau ke sekolah seperti biasa. Sesampai disekolahnya, barulah beliau percaya dan berpuas hati apabila berjumpa dengan beberapa orang guru serta pengawal keselamatan sekolah yang menyatakan sekolah ditutup hari ini. Apa yang beliau sedihkan ialah beliau telah bersedia berlatih untuk majlis pakaian beragam mewakili kelasnya sempena Hari Kanan-Kanak Sedunia.......

20. 10. 2010
Peristiwa di sebalik 20. 10. 2010 ~~~macam-macam..
Kisah 1;
Anak saudara puteri yang sedang menunggu kelahiran bayi kedua telah memilih tarikh bersalin hari ini di Pusrawi, Kuala Lumpur.
Untuk merealisasikan impian itu ..sekarang ini beliau telah berada di hospital dan telah disuntik secara epidural ...la ni menunggu detik dan ketikanya sahaja...
Seisi keluarga turut cemas menanti kehadiran "orang baru" dalam keluarga mereka..
Puteri turut sama mendoakan kesehatan dan keselamatan ibu dan anaknya...maka, tak berapa jam lagi akan bertambahlah ahli keluarga puteri....AlhamduliLlah..
-----> anak saudara puteri telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 6.30 petang tadi....
Kisah 2 :
Sewaktu puteri sedang menikmati makan tengahari tadi, datang seorang pelajar (ex student 2008/2009) ~ Thanaletchumy namanya bersama 2 orang teman yang kebetulan baru sahaja selesai makan tengahari di situ...beliau menghampiri puteri sambil tersenyum-senyum.Thana berkata " Cikgu..cikgu tahu tak hari ini hari apa?".
Puteri terdiam..dalam hati terfikir..hari apa hari ini? Rabu? berjerebu?. " Kenapa?" puteri bertanya. "Cuba cikgu teka", kata Thana lagi penuh perasaan bila melihat puteri senyum tanpa sepatah kata. Tanpa menanti jawapan dari puteri, Thana yang bukan main cantik `dressing`nya hari ini berkata, " hari ini hari jadi sayalah cikgu....cikgu tak ingat lagi ya " sambil tersenyum simpul dan malu-malu." Oh..patutlah Thana cantik hari ini'..sambil mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Sekarang ini baru puteri teringat..semasa beliau di tingkatan 4 dan 5, puterilah antara guru yang sempat memberikan ucapan pada hari lahirnya..semasa kami sama-sama berada di makmal.
Sebelum beliau beredar, puteri sempat meminta beliau berposing sempena hari lahirnya..20.10.2010..satu tarikh yang amat cantik.
Kisah 3 :
Pagi tadi, hajah noraini (gpk1 kami) telah mengajak puteri, nor hanizah, huda beserta 3 orang lagi staf untuk bersama " jalan-jalan, makan-makan" di piza hut. Rancangan ini telah hampir 2 kali tertangguh disebabkan ada saja diantara kami yang tidak dapat bersama. Maka untuk memastikan kesemua dapat turut serta, hajah telah memilih petang ini jam 4.00 memandangkan tiada lagi hari yang sesuai sehingga hujung minggu ini untuk kami bersama. Namun begitu, huda tidak dapat hadir sama disebabkan beliau mempunyai hal, maka rancangan ini telah tertangguh buat kali ke 3..
Sekiranya program ini dapat dilaksanakan pasti tarikh hari ini, 20.10.2010 akan kami ingati sampai bila-bila.dan menjadi kenangan....namun apakan daya..
------> InsyaALlah, yang penting semua dapat berkumpul bersama...Terima kasih Hajah, atas keperihatinan yang diberi...
Kisah 4 :
Hari ini puteri sempat mengucapkan " Selamat Hari Jadi" kepada kawan lama puteri yang telah hampir 19 tahun tidak berjumpa. Beliau merupakan "classmate" puteri sewaktu di tingkatan 4 dan 5. Setelah mendapat kejayaan cemerlang dalam SPM beliau telah menyambung pelajaran ke luar negara sehingga tahun 1989 dan sejak tahun 1991 puteri telah terputus hubungan dengannya. AlhamduliLlah, kini beliau telah berkeluarga dan berjaya dalam kerjayanya..
-----> Selamat Hari Lahir, sahabat...semoga berbahagia, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

| Thanaletchumy sempat berposing sempena hari lahirnya hari ini ~ 20.10.2010 |

JEREBU DI MUAR
Keadaan yang berjerebu sejak 3 hari yang lepas benar-benar membimbangkan semua pihak...Dari pagi sehingga petang semalam ( isnin 19 okt 2010 ) keadaan semakin buruk dengan indeks pencemaran udara telah mencapai 106 ~ dimana indeks yang melebihi 100 ini menandakan persekitan yang tidak sehat...
Alhamdulillah..hari ini jerebu telah semakin berkurang....

Saturday, October 16, 2010
Sebatang Pensel Hasilkan 56 Kilometer Garisan
SEJAK di bangku sekolah, pelajar telah menggunakan pensel sebagai medium untuk menulis dan merekodkan apa yang dipelajari. Alat tulis tersebut sebenarnya diperbuat daripada sebatang pigmen yang terdiri daripada bahan grafit berwarna ayau arang. Pigmen itu diletakkan di dalam sebatang kayu keras atau plastik sebagai material luar yang menyokong dan membentuk pensel. Secara puratanya, sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 kilometer atau menulis sebanyak 50,000 patah perkataan. Di Amerika Syarikat, sebanyak dua bilion batang pensel telah dihasilkan setahun dan jika semuanya digunakan untuk membuat garisan, ia boleh menghasilkan garisan mengelilingi bumi sebanyak sembilan kali. Berbeza dengan pen yang menggunakan cecair, tanda yang dibentuk menggunakan pensel boleh dihilangkan menggunakan getah pemadam. Memberi revolusi kepada alat tulis berkenaan, ia kini telah dicipta dalam bentuk mekanikal untuk penggunaan yang lebih mudah dan selesa. [sumber:cyberita.asia1.com.sg]
Mengapa Harus Bersedih?
Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang
segala.Allah benar janji-Nya.
Allah telah menentukan sesuatu.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita.
Firman Allah:
Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
Firman Allah:
Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidal layak untuk hidup di dunia ini.
Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan. Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya. Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?! Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.
Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.
segala.Allah benar janji-Nya.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita.
Firman Allah:
| "Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - (Ibrahim 14:34) |
Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang? Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil.
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
Firman Allah:
| "Jangan takut, jangan berdukacita." - (Al-Ankabut 29:33) |
Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidal layak untuk hidup di dunia ini.
Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu.
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan. Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya. Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?! Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.
Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis? Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT. Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)