Pages

Monday, May 9, 2011

Selamat Meneruskan Perjuangan ~ ke mana tujuan.....

Buat anak2 SPM 2010 yang telah berjaya mendapat tempat di Matrikulasi, IPTA dan Tingkatan 6...puteri ucapkan tahniah dan semoga berjaya.
Bagi yang belum berjaya dan belum mendapat tempat, jangan putus harapan ~ buatlah rayuan ..InsyaALLah, anak2 akan ada peluang... banyakkan bersabar pada cepat atau lambatnya rezeki dan peluang yang ALlah akan datangkan...

Ahad lepas, puteri menerima sms dari seorang anak pelajar yang namanya tiada di senarai tingkatan 6..katanya~ kenapa yang mendapat 2A terpilih sedangkan beliau ( keputusan lebih baik ) tidak terpilih?? apakah yang perlu beliau lakukan?? hehehe...benarkah namanya tiada dalam senarai? puteri memberi beberapa idea kepadanya~ antaranya; kalau benar..hantarlah surat rayuan, hantar..., hantar...., usaha..., mohon....etc etc...

Akhirnya pada jam 1.30 ptg semalam ( isnin ),  puteri menerima smsnya buat kali ke10 ~ yang menyatakan kegembiraannya,  kerana namanya ada di senarai Tingkatan 6 di Sekolah Tinggi Muar dan bukan di SMK Tun Perak seperti yang dijangka dan diinginkannya...aduhaiiiiiiii .....aduhaiiiiii..!!
Malam tadi ~ sms ke 11 ~ beliau meminta pandangan lagi samaada beliau perlu masuk ke tingkatan 6 atau ke UITM ?? apa puteri nak beri jawapan nie....tolong..tolong...!!  puteri belum sempat membalas smsnya lagi
(sedang mencari idea) ni.. heee..jom kita berikan beberapa pilihan terbaik buatnya .....~~aminnn....

No comments:

Post a Comment